1930 - 1967
Sekolah
ini ditubuhkan pada 1930 dan dikenali sebagai ‘Government Trade School’.
Pada peringkat awal penubuhannya, institusi ini hanya mengambil 28 orang pelajar
sahaja. Tujuan penubuhannya ialah untuk mengisi tenaga kerja di Bengkel Pusat
Kereta Api di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Mereka juga perlu menjalani latihan selama
tiga tahun sebelum berkhidmat di bengkel tersebut.
Pada
tahun 1950, sekolah ini ditukarkan namanya kepada ‘Junior Technical Trade
School’. Kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan Mekanikal, Amalan Bengkel
Bata dan Kayu serta Kejuruteraan Elektrik dan Kimpalan ‘Junior Trade School’ kemudiannya dinaikkan taraf
kepada `Secondary Trade School’ pada 1 Januari 1963 dengan mengambil pelajar-pelajar
lepasan tingkatan 3, di sekolah-sekolah akademik. Dua kursus baru telah diperkenalkan iaitu Automotif serta Servis Radio dan
Televisyen. Bahasa perantaraan yang digunakan ialah Bahasa Inggeris. Subjek-subjek yang diajar ialah Sains Mekanikal, Sains
Kejuruteraan, Sains Elektrik dan Sains Bangunan. Peralatan bengkel pula dibekalkan oleh Colombo Plan sehingga tahun 1970.
1997 - 2008
Kini Sekolah Menengah
Teknik Lebuh Cator Ipoh menawarkan satu lagi aliran teknikal iaitu Perdagangan, selain tujuh aliran Vokasional dan satu aliran Kemahiran iaitu Kursus Juruelektrik.
Kini, SMTLC mengorak langkah untuk terus maju ke depan wajah dan suasana yang baru. Penekanan dalam bidang pendidikan
seiring dan sejalan dengan pembinaan kawasan yang kondusif dan menepati kehendak Kementerian Pelajaran. Keinginan tunggak
pentadbiran SMTLC melihat kejayaan demi kejayaan kini hampir tercapai. Semoga impian, harapan, matlamat, misi dan visi akan
terlaksana segalanya menjelang 2010. Bahang pembaharuan dan penerapan teknologi dalam usaha mendidik anak-anak pelajar bagi
memajukan sekolah kini dinikmati satu persatu oleh semua warga SMTLC. Segala
kesukaran dan kesulitan ditempuhi, digagahi bak kata pepatah ” alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal
lengan ”. Kini SMTLC menambahkan lagi renteten sejarahnya dengan membuat pembaharuan bilik gerakan, galeri sekolah dan
persekitaran yang menenangkan.Pembinaan kolam dan penambahan kelas yang berhawa dingin memberi keselesaan kepada para pelajar
menimba ilmu di SMTLC.Dan inilah hasilnya SMTLC 2008.
|
Lawatilah sekolah kami...
pasti anda tak nak balik-balik lagi....
|
|
 |
1969 -
1987
Halaman pejabat... |

|
Sekali
lagi nama sekolah ini ditukarkan kepada Sekolah Menengah Vokasional pada tahun
1968. Syarat minima kemasukan ialah pangkat S dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP), tetapi mesti lulus Bahasa Malaysia dan mana-mana
dua mata pelajaran lain, dan salah satu daripadanya ialah Matematik, Sains atau Seni Ketukangan. Kursus yang ditawarkan mengambil
masa dua tahun. Mereka akan menduduki Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia
( SPMV ) pada akhir pengajian. Kurikulum
Baru Sekolah Menengah (KBSM) diperkenalkan pada tahun 1987. Kurikulum Pendidikan Vokasional turut dipinda sejajar dengan visi
dan misi negara ketika itu. Lapan lagi kursus diperkenalkan. Pelajar dinilai semasa tingkatan 4 terhadap kemampuan mereka
dalam mata pelajaran akademik dan vokasional.
1991
Berdasarkan pencapaian pelajar semasa peperiksaan semester, pelajar boleh memilih sama ada ingin menduduki
Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPMV) atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
pada penghujung tingkatan 5. SKM dikendalikan oleh Lembaga Latihan Vokasional Malaysia.
Pada tahun 1991, Sekolah Menengah
Vokasional, Ipoh menjadi perintis kepada
dua
aliran pendidikan iaitu Vokasional
dan Kemahiran. Syarat minima kemasukan
ialah pangkat A atau B dalam Sijil Rendah
Pelajaran untuk aliran Vokasional manakala pangkat
C atau S untuk aliran Kemahiran. Pada 1 Januari 1997, sekolah ini sekali lagi dinaikkan taraf kepada Sekolah Menengah Teknik
Lebuh Cator, apabila menawarkan aliran-aliran teknikal selain aliran Vokasional dan Kemahiran.
Terkini... |

|
|
 |
|
 |
|
|