logosmtlc.gif

SEJARAH

VISI MISI SMTLC
SEJARAH
ALUMNI
PENGURUSAN
NAMA GURU
Laman Kokurikulum
KEMUDAHAN SEKOLAH
AKTIVITI SEMASA
WEBMASTER
Kokurikulum 2
KURSUS YANG DITAWARKAN
Syarat Kemasukan

 1930 -2008

1960..
smtlclama1967.jpg

1930 - 1967

Sekolah ini ditubuhkan pada 1930 dan dikenali sebagai ‘Government Trade School’. Pada peringkat awal penubuhannya, institusi ini hanya mengambil  28 orang pelajar sahaja. Tujuan penubuhannya ialah untuk mengisi tenaga kerja  di Bengkel Pusat Kereta Api  di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Mereka juga perlu menjalani latihan selama tiga tahun sebelum berkhidmat di bengkel tersebut.

Pada tahun 1950, sekolah ini ditukarkan namanya kepada ‘Junior Technical  Trade School’. Kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan Mekanikal, Amalan Bengkel   Bata dan Kayu serta Kejuruteraan Elektrik dan Kimpalan ‘Junior Trade School’ kemudiannya dinaikkan taraf kepada `Secondary Trade School’  pada 1 Januari 1963 dengan mengambil pelajar-pelajar lepasan tingkatan 3, di sekolah-sekolah akademik. Dua kursus baru telah diperkenalkan iaitu Automotif serta Servis Radio dan Televisyen. Bahasa perantaraan yang digunakan ialah Bahasa Inggeris. Subjek-subjek yang diajar ialah Sains Mekanikal, Sains Kejuruteraan, Sains Elektrik dan Sains Bangunan. Peralatan bengkel pula dibekalkan oleh Colombo Plan sehingga tahun 1970.

1997 - 2008

 

 

Kini  Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator Ipoh menawarkan satu lagi aliran teknikal iaitu Perdagangan, selain tujuh aliran Vokasional dan  satu aliran Kemahiran iaitu Kursus Juruelektrik.

  

Kini, SMTLC mengorak langkah untuk terus maju ke depan wajah dan suasana yang baru. Penekanan dalam bidang pendidikan seiring dan sejalan dengan pembinaan kawasan yang kondusif dan menepati kehendak Kementerian Pelajaran. Keinginan tunggak pentadbiran SMTLC melihat kejayaan demi kejayaan kini hampir tercapai. Semoga impian, harapan, matlamat, misi dan visi akan terlaksana segalanya menjelang 2010. Bahang pembaharuan dan penerapan teknologi dalam usaha mendidik anak-anak pelajar bagi memajukan sekolah kini dinikmati satu persatu oleh semua warga SMTLC.  Segala kesukaran dan kesulitan ditempuhi, digagahi bak kata pepatah ” alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan ”. Kini SMTLC menambahkan lagi renteten sejarahnya dengan membuat pembaharuan bilik gerakan, galeri sekolah dan persekitaran yang menenangkan.Pembinaan kolam dan penambahan kelas yang berhawa dingin memberi keselesaan kepada para pelajar menimba ilmu di SMTLC.Dan inilah hasilnya SMTLC 2008.

pintumasuk.jpg
MASUK UNTUK BELAJAR...

Lawatilah sekolah kami...

pasti anda tak nak balik-balik lagi....

1969  - 1987

Halaman pejabat...
pejabat.jpg

Sekali lagi nama sekolah ini ditukarkan kepada Sekolah Menengah Vokasional  pada tahun 1968. Syarat minima kemasukan ialah pangkat S dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP), tetapi mesti lulus Bahasa Malaysia dan mana-mana dua mata pelajaran lain, dan salah satu daripadanya ialah Matematik, Sains atau Seni Ketukangan. Kursus yang ditawarkan mengambil masa dua tahun. Mereka akan menduduki Sijil Pelajaran Vokasional  Malaysia

 ( SPMV )  pada akhir pengajian. Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) diperkenalkan pada tahun 1987. Kurikulum Pendidikan Vokasional turut dipinda sejajar dengan visi dan misi negara ketika itu. Lapan lagi kursus diperkenalkan. Pelajar dinilai semasa tingkatan 4 terhadap kemampuan mereka dalam mata pelajaran akademik dan vokasional.

1991

 

Berdasarkan pencapaian pelajar semasa peperiksaan semester, pelajar boleh memilih sama ada ingin menduduki Sijil Pelajaran Vokasional  Malaysia (SPMV) atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada penghujung tingkatan 5. SKM dikendalikan oleh Lembaga  Latihan Vokasional Malaysia.

 

  

Pada tahun 1991, Sekolah Menengah

Vokasional, Ipoh menjadi perintis kepada

dua  aliran pendidikan iaitu  Vokasional

dan Kemahiran. Syarat minima kemasukan

ialah pangkat A atau B dalam Sijil Rendah

Pelajaran  untuk aliran Vokasional manakala  pangkat C atau S untuk aliran Kemahiran. Pada 1 Januari 1997, sekolah ini sekali lagi dinaikkan taraf kepada Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator, apabila menawarkan aliran-aliran teknikal selain aliran Vokasional dan Kemahiran.

Terkini...
pagar.jpg

SMTLC IPOH
TEL :05 2549151

EMAIL : smtlc@streamyx.my